Awak, kenapa awak berubah ?

Awak , kenapa awak berubah ?

Awak..Kenapa awak buat macam ni pada saya? Apa salah saya? Mana sumpah sayang awak cinta yang dulu? Kenapa awak berubah?Awak selalu pesan kat saya "SAYANG jangan layan lelaki lain tau. Awak milik saya sampai bila-bila". Saya ingat pesanan awak sampai saya takut nak bercakap dengan sepupu lelaki saya. Awak tahu tak saya sayang gilerr kat awak?Awak suka dengar lagu Firman-kehilangan Saya suka juga lagu tu. Setiap kali kita date, awak akan 'on' lagu tu dari telefon awak. Sampai sekarang saya suka lagu tu.Tapi Semua tu dulu.. Sekarang,awak dah tak layan saya. Awak kata 'Eh,perempuan, Aku nak kau blah dari hidup aku!' Awak tahu tak? Hati saya pedih sangat-sangat masa tu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya.
Apa salah dan silap saya sampai awk nak putus? Saya sayang dan cintakan awak sangat-sangat.
 Tapikan Awak..
Kakak saya kata ''Tak guna menangis sampai keluar darah sebab dia takkan kembali kepada kau. Akak dah cakap sebelum ni. Jangan beri harapan yang terlalu tinggi sebab bila kita tak capai benda tu, kita akan kecewa. Alhamdulillah,dia tak sentuh harga diri kau.' Saya rasa tenang lepas kakak saya kata macam tu sebab

Cinta Manusia, Manusia Akan Pergi..
Cinta Pada Allah, Tak Akan Luntur sehingga Hari Kiamat..

Lepas berbulan2 awak tinggalkan saya, saya masih harapkan cinta dari awak lagi, dan saya harap awak akan berubah suatu hari nanti. Saya percaya dengan ketentuan Allah dan tak salahkan awak , kalau saya berusaha untuk dapatkan awak balik, saya tahu cinta awak kat salah memang ada cuma sekarang awak berubah sebab awak tak pernah lagi rasa apa yang dimaksudkan dengan "kehilangan" .Awak tahu tak saya pekakkan telinga saya, bisukan mulut saya untuk seketika setelah saya tengok awak bahagia dengan pilihan awak. Ramai kawan2 awak pesan kat saya tok teruskan bersabar dan dengan adanya semangat tu awak , saya mampu bertahan sampaikan satu masa awak kecewa dan saya gunakan kesempatan tu untuk buktikan cinta saya kat awak,.. Saya tahu memang susah sebab awak dikelilingi dengan "kawan2 perempuan awak" 

Awak cakap merekaa tu hanya lah kawan2 awak, awak cakap saya tak sama dengan perempuan tu semua.. Tittle saya awak anggap calon untuk jadikan sorang "isteri" dan kawan2 awak tu title "awek" .Hmmm saya cuba paham keadaan tu sebab saya betoi2 tak sanggup kehilangan awak lepas 8 bulan awak tinggalkan saya .Kekadang saya rasa saya diperbodohkan sebab sayangnya saya kat awak buat saya tak nampak yg saya dipermainkan  .Saya masih percaya allah cuba menguji cinta saya kat awak, awak perlu tahu saya tak pernah berhenti untuk mendoakan hubungan kita macam dulu. .Saya hampir putus asa setelah saya dapat tahu awak skandal dengan rakan sekolej awak . Awak cakap awak berkawan ja , tapi kenapa tak pernah berterus terang yang awak memang sayangkan dia. Ya, memang saya kenal siapa perempuan tu, tapi kat alam maya fesbuk ja. Lepas saya pastikan yg awak betoi2 sayangkan dia, dalam hati saya cuma saya rasa saya patot belajar lepaskan awak dan walaupon saya tahu perempuan tu sudah ada kekasih.

Saat saya sendiri sayaa harapkan awak ingat kenangan kita , dan saat saya sendiri ada suara2 yang nasihat saya supaya lepaskan awak sampaikan saya dapat mimpi yang awak keluar dengan perempuan tu .Lepas berhari2 saya cuba dapatkan informasi pasal awak dan permpuan tu, akhirnya saya berjaya . Saya berjaya buktikan yang korang dua memang ada affair lebih dari kawan .Hal ni saya tahu lepas saya dapat beberapa keping foto awak dengan si dia. Bila saya dapat foto tu saya tengok awak happy sangat, senyum awak tu susah saya nak tengok bila awak dengan saya .Apa kurangnya saya ?Hmm dipendekkan cerita saya ambik keputusan untuk tinggalkan awak dengan perempuan tu, tapi awak merayu dan awak cakap awak mintak peluang kat saya untuk perbaiki hubungan kita .Hmm berat untuk saya lepaskan awak, tapi bila saya tengok awak berusaha dapatkan saya balik, saya terima dengan ikhlas. Mungkin tindakan sayaa ni ramai yang tak setuju , tapi bagi saya , saya kenal sayang saya . saya kenal awak dan saya tahu awak cuma mahu berseronok tetapi dalam masa sama awak tak nak lepaskan saya. Awak cakap awak akan cuba untuk perbaiki relay kita dan awak akan tinggalkan perangai "playboy" awak tu . Saya manusia dan tak da hak nak hukum sesapa , so bila saya bagi peluang ni kat awak saya harap awak berubah . Amin Ya Robbal alamin .





No comments:

Post a Comment