Romantik itu Sunnah Nabi S.A.W(Part 1)

Asalamualaikum .. Hai korang harini ada title best , meh singgah baca dulu .


Romantik ? Sebut ja romantik pasti ramai yang inginkannya dan memerlukannya , ye dak ? Tambah-tambah golongan remaja yang sedang hangat bercinta ..Mungkin romantik yang korang ketahui tu semua dari "couple" . haha , kan ??? Cehh taknak ngaku pulak yer .Romantik yang paling romantik ialah apabila kedua pasangan berkhawin dan secara sah diikat sebagai "Suami Isteri" ..Alhamdulillah kepada yang sudah berumahtangga tu , binalah mahligai korang dan amalkanlah sunnah-sunnah nabi s.a.w. 

Tanggungjawab seorang lelaki amatlah besar , tambah-tambah bila mereka menamatkan zaman bujang kepada zaman untuk menjadi seorang ayah.hehe . Jangan ingat nak khawin je , korang sebagai lelaki kenakan penuhi segala tanggungjawab korang nanti , yang mana dah dapat menjadi seorang ayah tu alhamdulillah dan aku harapkan mahligai yang korang bina tu tetap kuat dan utuh ..

So harini aku nak share sikit artikel yang aku dapat dan artikel ni pastinya seluruh dunia dah tahu , ianya mengenai Romantik yang dilakukan oleh nabi s.a.w..Antaranya :

MANDI BERSAMA--> Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Yang mana dah bergelar suami isteri ja taw yang "mandi bersama" ..haha , .. Pasangan couple tu kalau dah tak tahan nak mandi sama pi lekaihh jumpa tok kadi pi nikahh cepat .. Jangan dok buat maksiat , tambahkan dosa ja ..Lebih baik khawin , takpa kalau kawin awai pon .. Lagi dapat pahala taw ..Ingat tu .

HANTAR ISTERI KELUAR RUMAH
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”

BUKAKAN PINTU KERETA
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Haa yang ni semua perempuan inginkan .,, hehe termasuk aku sendiri lah . Kadang kita sering tengok ada  pasangan yang dibukakan pintu kereta ,, . 
Dalam hati seorang wanita " Wahh, romantiknya lelaki tu , bertuah si perempuan tu dapat laki macam tu , aku bila lagi ? In sha allah oneday ,, haha "
Di mulut si lelaki "Alah, poyo lah mamat tu , tolong bukakan pintu konon ,.. Tahan la sehari dua , lepas tu buka sendiri ,,hahaha "
Korang dapat nampak kan perbezaan tu ? haaa . Aku rasa macam tu lah situasinya kalau jadi kat depan mata aku ..hehe .. 
BAWA ISTERI JALAN-JALAN
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
SUAPKAN MAKANAN
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutaN..
Haa suami-suami, abg2 , sayang sekalian jangan malu nak romantik seperti Nabi kita .. Bagi bukan muhrim tu pandai2 la jaga adab k .. I Know you can do it..
JANGAN MALU JADI LELAKI YANG ROMANTIK
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.
Okay la takat ni dulu yer nanti aku kongsi lagi ..
Terima kasih sudi baca artikel ni ..
Bagi si lelaki renungkan dan selamat beramal , hehe .
Bye
Written :Mohd Kassim
Editor: Blog Cik Myda

No comments:

Post a Comment